Tragedi di Akhir Disember

Kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres telah mengundang pertanyaan mengenai tahap keselamatan di dalam sistem pengangkutan awam. Terbaru, pada 26 Disember 2009, berlaku satu kemalangan melibatkan bas ekspres dua tingkat milik Sani Express. Kemalangan itu berlaku pada pukul 1.00 pagi dan telah meragut 10 nyawa. Dua lagi dilaporkan cedera dan seorang lagi parah.

Nahas itu bermula apabila bas itu terbabas lalu melanggar di pembahagi jalan di kilometer 272.8 Lebuh raya Utara-Selatan, lapan kilometer dari arah Plaza Tol Ipoh Selatan. Apa yang dikesalkan adalah pemandu itu mengaku terlelap ketika memandu.

Sebenarnya, kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu kemalangan. Contohnya, seseorang pemandu seharusnya mendapat rehat secukupnya adalah penting sebelum meneruskan perjalanan. Pemandu perlu memandu secara berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kecuaian pemandu boleh mengundang musibah kepada penumpang bas tersebut.


Selain itu, bas perlulah diselenggara bagi memastikan bas berkeadaan baik. Kekerapan menyelenggara bas membolehkan kita mengenal pasti kerosakan dan masalah yang dihadapi oleh bas itu. Ini dapat menjamin keselamatan penumpang itu sendiri.

Disamping itu, peranan kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya dalam meningkatkan sistem perhubungan jalan raya. Keadaan jalan raya yang tidak rata dan tidak sempurna juga boleh mengundang kecelakaan. Ada jalan tidak diturap dengan sempurna. Keadaan jalan raya yang kurang baik juga boleh menjadi faktor peningkatan kemalangan jalan raya.

Malang tidak berbau. Namun, ia dapat dielakkan jika kita berwaspada. Jadilah pengguna jalan raya yang mementingkan keselamatan di jalan raya. Jangan jadikan jalan raya sebagai 'pusara' di lebuh raya. //AM//

Amin-MASSA: Tragis.


0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA