Kemarau Sudah Berakhir

Dek kerana semangat menyambut kedatangan Ma'al Hijrah 1431H, pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengakhiri kemarau 20 tahun tanpa kilauan pingat emas pada Sukan SEA di Vientiane, Laos. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara ini adalah pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1989.

Malaysia meraih pingat emas setelah menewaskan pasukan Vietnam dengan jaringan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain lawan. Kejayaan ini amat bermakna kerana pasukan Malaysia berjaya melunaskan dendam kekalahan 1-3 kepada Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan.


Kunci kejayaan pasukan ini adalah ketenangan walaupun menerima pelbagai asakan daripada pihak lawan. Apapun pujian harus diberikan kepada pemain Malaysia yang telah memikul tugas dengan baik. Sepanjang 90 minit berlangsung, pasukan Malaysia berjaya mengawal permainan dan berusaha menyerap tekanan yang dilakukan oleh pasukan lawan.


Pasukan ini pada mulanya tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun, pemain Harimau Malaya telah membuktikan keupayaan sekaligus menutup mulut pengkritik yang memandang rendah keupayaan pasukan Malaysia.

Kejayaan menumbangkan juara bertahan iaitu Thailand dalam peringkat kumpulan merupakan detik penting kebangkitan pasukan bola sepak negara. Semoga barisan muda di dalam pasukan ini akan mara lebih jauh dan terus meraih kejayaan di masa hadapan.


Barisan pemain: Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Sabre Mat Abu, Asraruddin Puta Omar, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abd. Razak, Azmi Muslim, Mazlizam Mohamad, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abd Razak, Norshahrul Iflan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, dan Abdul Manaf Manaf. //AM//

AMIN-MASSA: Tumpang bangga.

0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA