Cerita Akhir Disember

FESENI

Disember pada kebiasaannya sibuk dengan aktiviti seni. Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya sibuk menjalani latihan sempena acara Festivel Seni Universiti Malaya (FESENI) tetapi tidak bagi aku.

Ini kali kedua ku tidak menyertai sebarang aktiviti seni. Sejak berlakunya krisis antaraku dan pihak atasan, nafsuku untuk menyertai FESENI mula mengendur. Ku mengambil keputusan untuk berundur secara terhormat. Bukan bermaksud mengalah. Biarlah aku beralah dan biarlah pengusaha itu terus menunjukkan kegilaan kuasanya.

Rindu dengan teman seperjuangan di TiTiAN

Kadangkala timbul rasa kerinduan untuk melibatkan diri dalam aktiviti seni. Ku mungkin tidak lagi bersama dengan mereka. Namun, kusentiasa mengikuti perkembangan mereka dari jauh. Apapun kepada teman-teman yang akan berjuang di FESENI, aku doakan agar mereka semua berjaya.

Minggu Penulis Remaja 2009


Disember tetap tidak sunyi. Peluang menyertai Minggu Penulis Remaja 2009
(MPR 09) tidak boleh kulepaskan. Bagiku, inilah peluang terbaik kepada diriku dalam meningkatkan mutu penulisan. Untuk menjadi seorang penulis, banyak benda yang harus ku pelajari.

Kenangan di MPR 09

Berdamping dengan fasilitator, urus setia, dan rakan-rakan di MPR 09 adalah satu pengalaman yang berharga. Jutaan terima kasih dihulurkan kepada mereka yang banyak menghulurkan bantuan. Tidak lupa juga kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang membuka jalan kepada diri ini untuk menyertai MPR 09.

Markas MPR 09 bertentangan dengan Pantai Port Dickson

Insya Allah. Jika ada kesempatan akan kukongsikan pengalaman di MPR 09 pada catatan akan datang (semoga masa tidak mencemburuiku).

Kuliah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Sekarang menjalani kehidupan sebagai pelajar tahun akhir di Universiti Malaya. Selepas dikecewakan dengan (bukan kekasih) keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan pada semester lepas, ku bertekad untuk bangkit pada semester akhir ini.

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

Cita-citaku untuk mendapat Anugerah Dekan belum pernah pudar. Bila masanya untuk merasa kalau tidak semester akhir ini. Kadang kala cemburu melihat rakan-rakan lain yang telah merasa Anugerah Dekan. Bila aku bila?//AM//

AMIN-MASSA: Selamat tahun baru 2010.

0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA