Cuti-cuti Jakarta

Bismillahirrahmanirrahim

Sempena
cuti sekolah yang lalu penulis dan keluarga telah membuat keputusan untuk 'terbang' ke Jakarta. Sudah lama tidak bercuti. Sebanyak 60 orang mengikuti pakej percutian ini dibawah bumbung My Holidays. Berlangsung selama lima hari iaitu bermula dari 08.06.2010 sehingga 12.06.2010. Berikut adalah catatan ringkas sepanjang percutian tersebut:

Kota Jakarta, Indonesia.

08 Jun 2010


Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada pukul 7.30 malam waktu Indonesia. Selepas makan malam, kami dibawa menginap di Hotel Alia Matraman, Jakarta dan bermalam disitu.

Pesawat KLM Royal Dutch Airlines.

09 Jun 2010


Kami dibawa ke Textile Center dan Stationary Center di Mangga 2. Kami membeli belah disana. Kemudian kami dibawa melawat Masjid Agung Attin. Dikatakan masjid ini merupakan masjid terbesar di Indonesia.

Bergambar dihadapan Masjid Agung Attin, Jakarta.

Selepas menunaikan solat, kami ke Taman Mini Indonesia. Disana terdapat senibina rumah-rumah tradisional yang terdapat di Indonesia. Taman ini mirip dengan Taman Mini ASEAN yang terdapat di Melaka. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Puncak dan bermalam di Hotel Surya Indah. Pergh, memang sejuk disana seperti berada di Cameroon Highland, Pahang.
Salah satu rumah tradisional yang terdapat di Taman Mini Indonesia.

10 Jun 2010


Bangunan yang terdapat di Kota Bunga bercirikan Eropah.

Pagi itu kami dibawa ke Taman Bunga Nusantara yang juga dikenali sebagai Kota Bunga. Disitu terdapat bangunan-bangunan senibina bercirikan negara-negara Eropah. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Bandung yang terkenal sebagai kota membeli-belah. Kami bermalam di Isola Resort yang terletak di kampus Universitas Pendidikan Indonesia.

Dihadapan Universitas Pendidikan Indonesia.

11 Jun 2010


Kami dibawa ke Gunung Tangkuban Perahu. Gunung ini masih aktif dan berketinggian 1400 meter dari aras laut. Keadaan udara disini kurang menyenangkan. Selepas solat Jumaat, kami makan tengah hari sebelum ke Pasar Baru di Bandung. Kami membeli-belah lagi. Jika ingin mendapatkan kain pelekat, baju batik, dan telekung yang murah-murah bolehlah mendapatkannya disini.

'Mendaki' Gunung Tangkuban Perahu.

12 Jun 2010


Membeli belah lagi. Kali ini di ITC Cempaka Mas. Ini adalah peluang terakhir kami untuk 'melontar' sebelum pulang ke tanah air. Kami akhirnya pulang dengan menggunakan pesawat KLM Royal Dutch Airlines pada pukul 7 malam waktu Indonesia. //AM//

AMIN-MASSA: Mempelajari budaya Indonesia.

0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA