Terkuburkah Mavi Marmara dan Rachel Corrie

Bismillahirrahmanirrahim

Walaupun misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dianggap gagal namun semangat sukarelawan dari flotila kebebasan wajar dipuji. Sekatan rezim Zionis ke atas Semenanjung Gaza yang dianggap sebagai 'penjara terbuka' di Palestin sejak 2006 telah membuka mata dari pelbagai pihak untuk menghulurkan bantuan kemanusian.

Usaha ini dilakukan dengan menghantar misi bantuan ke Semenanjung Gaza. Bekalan ubat-ubatan, makanan, dan bahan binaan adalah antara bantuan yang dihantar dari pelbagai pihak yang prihatin tentang kesengsaraan Semenanjung Gaza.


Kendatipun misi mereka telah 'diganggu' oleh rejim Zionis sehingga menyebabkan korban ke atas sukarelawan dari kapal Mavi Marmara. Israel mempertahankan tindakan mereka menyerang kapal Mavi Marmara sebagai tindakan mempertahankan diri. Nasib malang turut menimpa kapal Rachel Corrie apabila telah ditawan oleh rejim Zionis dan kapal tersebut telah tersadai di pelabuhan Ashdod, Israel.

Kerancakan kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan telah 'mengendurkan' isu ini. Biarpun Israel telah meloggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, ramai pasti tertanya-tanya apakah nasib kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang dirampas oleh rejim Zionis.



Penulis berharap kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan dalam isu ini seperti menuntut ganti rugi dan memulangkan semula kedua-dua kapal yang telah dirampas serta muatan-muatan yang terdapat di kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie.

Selain itu peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengheret rejim Zionis ke muka keadilan. Semoga misi bantuan kemanusian ke atas Semenanjung Gaza akan dapat diteruskan di masa hadapan. //AM//

AMIN-MASSA: Bersemadikah keamanan di Palestin?


0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA