Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Bismillahirrahmanirrahim

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat, 2. Penolong Pegawai Perancang Bahasa, 3. Penolong Pegawai Perpustakaan, 4. Penolong Juruaudit, 5. Penolong Pegawai Keselamatan, 6. Juruteknik Komputer, 7. Ahli Fotografi, dan 8. Pengawal Keselamatan.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99). Borang dan syarat-syarat terperinci boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka di http://www.dbp.gov.my atau boleh didapati di kaunter Pengawal Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,

50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2010 (Isnin). //AM//

Nota tambahan: Klik pada link berikut untuk muat turun iklan dan borang permohonan.


0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA