Majlis Konvokesyen vs Malam Alumni Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim

Ogos menyaksikan beberapa peristiwa penting. Antaranya ialah Majlis Konvkesyen Universiti Malaya dan Malam Alumni Sembilan. Tidak dilupakan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Berikut sedikit berita dan ulasan:

Majlis Konvokesyen Universiti Malaya

Bermula dari o2 Ogos 2010 sehingga 07 Ogos 2010, berlangsung Istiadat Konvokesyen 2010 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Istiadat Konvokesyen 2010 dibahagikan kepada 10 sesi. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran berlangsung pada sesi keempat pada pagi Rabu (04 Ogos 2010) bersama-sama dengan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.


Sebanyak 192 pelajar telah dikurniakan ijazah Sarjana Muda Ekonomi yang disampaikan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia. Berdebar bercampur gembira apabila menerima skrol dari Pro-Canselor.

Apapun, ku tidaklah boleh terlalu bergembira seperti graduan-graduan yang lain. Perjuangan masih belum selesai. Banyak lagi yang perlu diselesaikan terutamanya Sarjana yang sedang ku tempuh ini. Semoga dapat menyudahkan Sarjana dengan cemerlang.

Malam Alumni Sembilan

Pada 07 Ogos 2010, bertempat di Dewan Sri Tanjung, Kolej Kediaman Kesembilan (KK9)berlangsung Malam Alumni Sembilan bagi meraikan alumni-alumni KK9 yang baru graduasi. Majlis dimulakan pada pukul 9 malam.

Malam itu kami bukan sahaja dihidangkan makanan tetapi juga dihidangkan persembahan dari pelajar-pelajar KK9. Ternyata kolej ini memang tidak pernah ketandusan bakat di dalam bidang nyanyian.


Ku juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada pengarah projek serta anak-anak buahnya yang telah berusaha gigih menjayakan projek tersebut. Malam itu juga menyaksikan pelancaran Persatuan Alumni Sembilan (Alum9). Lucu. rasanya diri ini belum layak bergelar Alum9 kerana masih lagi tinggal di kolej.

Seronok juga sebab dapat bertemu rakan-rakan lama seperti Kak Farah Dila, Afiq, Mahirah, Qamatul, Ah Chin, Suresh, dan banyak lagi yang tidak mampu ku sebut. Entah bila dapat berjumpa dengan kamu semua lagi. //AM//

AMIN-MASSA: Rindu pada kenangan.

0 comments:

Tentang Blog

"Blog ini merakamkan sebuah catatan penuh warna-warni yang hidup melingkari alam nyata ini." - Amin-MASSA